Tengok tajuk macam berat kan? Tapi, apa yang saya nak
sampaikan dalam tulisan kali ni mungkin tak berapa berat sangat. Saya cuba buat
sesimple yang mungkin. Ilham ni timbul dari roommate yang saya sayangi suhaina
sudirman.. su, akak dedikasikan tulisan ni utk awak.. mohon terharu.. hihi..
(bajet tulisan femes je)
Dalam hidup kita ni mungkin terlalu banyak ujian yang
menimpa kita kan? Dan adakah banyak tu juga kita bersyukur dan redha atau kita
lebih banyak mengeluh dan menyalahi takdir? Saya selalu berfikir,’kenapa aku
diuji camni’,’beratnya ujian aku ni’ dan macam-macam lagi yang seperti
menyalahkan takdir Allah untuk diri ini.
Tapi, sebenarnya ujian yang kita tanggung sekarang ni kecik
je kalau nak dibandingkan dengan ujian orang lain. Mendengar masalah orang lain
membuatkan aku terfikir, betapa beratnya masalah dia ni tapi sikit pun dia tak
mengalirkan air mata atau mengeluh menyalahkan takdir Allah buat dirinya. Begitu
kuat mereka-mereka ini menghadapi situasi yang bagi aku terlalu berat untuk
ditanggung ini.
Kan Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan mereka mampu. Mungkin
sebab ini aku tidak diuji dengan perkara yang aku tak mampu nak tanggung. Kerana
hati ini terlampau lembik. Dengan nikmat
kasih sayang Allah ini layakkah aku untuk mengeluh dengan setiap ujian yang
Allah beri walaupun ianya tak seberat orang lain? Tidak bersyukurkah kita? Allah
hanya uji kita sikit, kita dah mengeluh sedangkan ada lagi berat ujian yg Allah
bagi pada mereka.
Maka, pengajaran yang aku dapat hari ni, jangan pernah
mengeluh dengan setiap ujian yang diberi sebabnya berat ujian yang kita
tanggung, berat lagi ujian orang lain. Makanya, ngak usah bimbang dong… setiap
kesusahan pasti ada kemudahan, Allah itu sifatnya Ar-Rahman. Dia sayang pada
hambaNya. Ujian yang Dia beri terlalu banyak hikmahnya dan mungkin ujian ini
adalah untuk kita lebih dekat dan ingat padaNya. Carilah hikmah ini yang
tersembunyi di setiap pelusuk kehidipam kita.. keep smile..:
Last2, orang yang selalu senyum dan ketawa tidak mungkin tak
ada masalah, Cuma mereka pandai menyembunyikan rasa hati mereka dari diketahui
oleh orang-orang sekeliling. Dan mungkin juga mereka pandai manage masalah
mereka sendiri.. kenapa kita tak boleh jadi mcm mereka???
good luck cik merah... Allahu ma'aki :)
ReplyDeletesyukran mak teh.. moga menjadi sekuat besi.. hihi
Deletejemput lawat blog mteh http://ruhulkifah.blogspot.com
DeleteFastaqim!
This comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete