Monday 18 January 2016

Ada Apa Dengan Masa?



‘Masa ibarat emas’

‘waktu itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita’

Antara kata-kata berkaitan masa yang kita sering dengar dan ucapkan kan?? Tapi sejauh mana kita lihat dan ambil kata-kata ini sebagai salah satu moto hidup kita? Betul, semua orang boleh cakap tapi tak semua orang boleh praktikkan. Apa yang saya lihat, kita orang Melayu (yang semestinya Islam)  sekarang kurang menghargai masa yang ada dalam diri kita.. tak cakap orang lain, diri saya sendiri pun swlalu menghabiskan masa dekat tempat yang tak berfaedah pun. Tak tahu bila nak insaf ntah.. hihi.. Kenapa Allah khususkan masa dalam satu surah? Semua confirm dah tahu kan surah ape? Tak perlu nak di tulis pun org dah automatic terlintas dalam kepala masing2..

SURAH AL-ASR. Yes, Allah telah bersumpah dengan masa dalam surah ni. Saya bukanlah seorang yang pandai dalam tadabbur Al-Quran. Terlalu jahil kalo nak tafsir ayat ni. Tapi kita boleh fikir sebab ape Allah bersumpah dengan masa. Pasti ia penting untuk kita. Tapi kita masih lagi amik sambil lewa je berkaitan masa ni.. 

Pening dah kan ayat yang saya tulis ni?? Hehe.. sebenarnya nak cakap pasal lain, tapi berkaitan masa jugak la..

Selalu kita dengar pasal janji melayu kan? Kenapa boleh terjadinya ‘janji melayu’ ni. Teruk sangat ke orang melayu ni sampai kalo tak tepati masa sikit keluarlah ayat.. ‘haa, nilah janji melayu..’ kenyataan ni disebabkan kita jugak yang sentiasa tak tepati masa. Janji pukul 2 tapi 2.45 baru ckup semua orang. Sebab apa?? Tepuk dada Tanya diri dan iman masing2.. 

Bagi saya kalau semua orang mengamalkan sikap ‘biar kita tunggu orang jangan orang tunggu kita’ pasti semua orang datang tepat pada waktunya dan sesuatu program, aktiviti, mesyuarat dan sebagainya akan berlangsung dengan sempurnanya.. sikap ni umi sentiasa ajar pada saya. Kadang2 tu sengaja saya buat datang lambat sembab memang tahu akan ade ade jugak orang yang datang lagi lambat dari kita. Tapi, sokmo kene marah ngn umi n umi selalu ckp kata-kata nilah..  bukan senang nak tepati masa tapi kena la jugak kalau dah berjanjikan?

Nie nak ajar sikit camne nak hapuskan sikap janji melayu dalam diri kita ni.. kalau sesuatu hal tu berlangsung pukul 3 petang.. bersiaplah pukul 2.30 dan keluar rumah pukul 2.45.. kalau rumah yang jauh tu keluar lah awal sikit.. ny tidak, kalo pukul 3 janji, pukul 3 lah baru keluar rumah. Macam mana nak sampai tepat pd wktu??  Lepas ni boleh la kot slow2 ubah.. bukan untuk senangkan kita je, tapi untuk senangkan orang lain juga. Cer bayangkan sahabat kita dah ada pada waktu yang dijanjikan tapi kita datang lambat.. tak ke panas hati die? Kalo kita ubah sikap kita yang satu ni, akan kuranglah jugak perselisihan faham dengan sahabat2 kita tu..

Rasa ckup dah kot saya membebel pada hari ini. Moh la kita sama-sama berusaha menghapuskan sikap janji melayu dalam diri kita. Nanti mungkin lama-lama perkataan janji melayu tu jugak akan terhapus kalo kita semua menepati masa yang telah dijanjikan.. kata nak janji muslim yang sejati kan? Nak tak nak masa tu perlu dijaga kan?? satu lagi, tak kan selamanya kita nak tunjuk kat orang lain melayu macam inilah kalo berjanji?? 

Sekian tulisan si merah pada hari ini.. mohon maaf andai ade yang tersilap dan terkurang..

#moodmenulismuncul  

No comments:

Post a Comment