Sunday 6 March 2016

Layakkah kita mengeluh??

Tengok tajuk macam berat kan? Tapi, apa yang saya nak sampaikan dalam tulisan kali ni mungkin tak berapa berat sangat. Saya cuba buat sesimple yang mungkin. Ilham ni timbul dari roommate yang saya sayangi suhaina sudirman.. su, akak dedikasikan tulisan ni utk awak.. mohon terharu.. hihi.. (bajet tulisan femes je)

Dalam hidup kita ni mungkin terlalu banyak ujian yang menimpa kita kan? Dan adakah banyak tu juga kita bersyukur dan redha atau kita lebih banyak mengeluh dan menyalahi takdir? Saya selalu berfikir,’kenapa aku diuji camni’,’beratnya ujian aku ni’ dan macam-macam lagi yang seperti menyalahkan takdir Allah untuk diri ini.

Tapi, sebenarnya ujian yang kita tanggung sekarang ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan ujian orang lain. Mendengar masalah orang lain membuatkan aku terfikir, betapa beratnya masalah dia ni tapi sikit pun dia tak mengalirkan air mata atau mengeluh menyalahkan takdir Allah buat dirinya. Begitu kuat mereka-mereka ini menghadapi situasi yang bagi aku terlalu berat untuk ditanggung ini.

Kan Allah takkan menguji hamba-Nya melainkan mereka mampu. Mungkin sebab ini aku tidak diuji dengan perkara yang aku tak mampu nak tanggung. Kerana hati ini terlampau lembik.  Dengan nikmat kasih sayang Allah ini layakkah aku untuk mengeluh dengan setiap ujian yang Allah beri walaupun ianya tak seberat orang lain? Tidak bersyukurkah kita? Allah hanya uji kita sikit, kita dah mengeluh sedangkan ada lagi berat ujian yg Allah bagi pada mereka.

Maka, pengajaran yang aku dapat hari ni, jangan pernah mengeluh dengan setiap ujian yang diberi sebabnya berat ujian yang kita tanggung, berat lagi ujian orang lain. Makanya, ngak usah bimbang dong… setiap kesusahan pasti ada kemudahan, Allah itu sifatnya Ar-Rahman. Dia sayang pada hambaNya. Ujian yang Dia beri terlalu banyak hikmahnya dan mungkin ujian ini adalah untuk kita lebih dekat dan ingat padaNya. Carilah hikmah ini yang tersembunyi di setiap pelusuk kehidipam kita.. keep smile..:


Last2, orang yang selalu senyum dan ketawa tidak mungkin tak ada masalah, Cuma mereka pandai menyembunyikan rasa hati mereka dari diketahui oleh orang-orang sekeliling. Dan mungkin juga mereka pandai manage masalah mereka sendiri.. kenapa kita tak boleh jadi mcm mereka???

6 comments:

  1. good luck cik merah... Allahu ma'aki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran mak teh.. moga menjadi sekuat besi.. hihi

      Delete
    2. jemput lawat blog mteh http://ruhulkifah.blogspot.com

      Fastaqim!

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete