Tuesday 26 July 2016

Anak-anakku

Dah lama tak menulis kat blog ni rasanya. Nak kata tak de masa tipu sangatlah sebenarnya sebab aq pun tengah cuti semesta jadinya banyak jugak la masa lapang. Hihi.. mungkin kekeringan idea nak tulis apa sebenarnya. Topik kali ni adalah anak-anakku.. eh.. dah ade anak ke??  Chill2.. bukan anak betul.. anak-anak murid yang aq pernah mengajar dulu.. phewww.. idea nie timbul bila aq pergi melawat anak-anak murid aq yg dulu kat pasti baru-baru nie..

Waktu pergi pasti baru-baru nie, rasa seronok bila dapat tengok anak-anak yang semakin membesar. Dulu aq mengajar 5 tahun jadinya kebanyakan anak murid aq skrg dah 6 tahun. Tapi ade jugak yang tak membesar still kecik macam dulu.. huhu.. tujuan aku pergi pasti baru ni pun sebab nak tengok kalam jamaie utk tahun ni..(tahun lepas aq yang ajar kalam jamaie tu.. hiks..)  mereka akan bertanding pada minggu depan. Aq harap mereka dapat buat yang terbaik.

Okay sekarang aq nak cerita pengalaman aq mengajar anak-anak tu selama 5 bulan. Tak lama pun sebenarnya Cuma 5 bulan tapi bermacam pengalaman yang aq dapat sepanjang bergelar seorang muaddibah.. kanak-kanak nie sebenarnya kene pandai tarik perhatian dyorg. Bila dyorg dah selesa dengan kita maka keluarlah perangai dyorg yang pelbagai tu. Huhu.. ada yang rajin sangat ada yang malas(bila suruh buat kerja je banyak la alas an, nak korek pensel la ape la.. ) ada juga yang sentiasa inginkan perhatian. Pada mulanya, mereka nie agak annoying la.. tapi lama-lama itulah perangai yang membuatkan kite seronok time mengajar..

Ada seorang anak murid aq ni, aq syak dia ada disleksia* sebabnya bila aq bagi sesuatu perkataan untuk tulis dia boleh tulis cume abjad tu jadi terbalik. Walaupun aq hanya suruh dy tiru tapi dy tetap tak boleh tulis dengan betul. Kanak-kanak seperti ini mereka normal, mereka bermain, bercakap seperti biasa tetapi mereka tidak dapat menulis dengan betul. Jadinya untuk anak murid ini, kena lebihkan tumpuan.. dia ni lelaki jadinya tahu2 lah nakal dia camne.. susah nak suruh duduk diam..

Apa yang aq nampak, kanak-kanak lelaki memang tak boleh duduk ditempat dia dalam tempoh yang lama. Lepas 10 minit ade la alasan masing-masing nak bergerak.. hahaha..  kanak-kanak perenpuan ni dia baik sikit, takdelah berlari satu kelas tu cume biaselah dah nama pun perempuan meraka nak perhatian la sikit. Dan bila ada masalah ngn kawan sikit mulalah duduk jauh-jauh.. ish3.. aq ingatkan budak 5 tahun xde masalah friendship rupenya ade jugak.. fuhh.. nak selesaikan tu payoh jugak la..

Dalam ramai-ramai anak murid yang aq ajar ade dua org dynamic duo aq panggil depa berdua ni.. hihi.. sebabnya dyorg kalo tak buar nakal sama-sama mesti gaduh berdua.. kesian syifa yang duk tepi dyorg kena tempias sekali.. (syifa tu dah la kecik) dynamic duo ni mmg menceriakan hari-hari aq sebenarnya dalam kelas.. nama dyorg umair ngn iskandar. Umair ni die manja sikit tapi kalau dia senyum sangat manis.. bila dia bergaduh ngn iskandar dialah yang nangis dulu pastu datang ngadu “muaddibah,iskandar ambik warna saya.. iskandar pukul saya.. iskandar itu. Iskandar ini..” kelakar pulak bila pikir balik.. hihi.. iskandar pulak memang nakal budaknya tapi bila kita suruh dia minta maaf dia ikut je.. pernah sekali aq suruh syifa duduk antara umair ngn iskandar tapi x jadi jugak sbb iskandar nak jgk duduk sblh umair.. haish.. mcm2 kan??

Sebenrnya, perangai anak-anak murid aq nie lah yang aq rindu.. memang nak kabor setiap hari kena menghadap budak-budaj mengadu, menangis n macam-macam lah.. tapi dengan perangai mereka inilah kita belajar erti sabar, belajar macam mana untuk menguruskan kanak-kanak dan bagaimana susahnya seorang guru mendidik kita sehingga dewasa macam ni.. sesungguhnya aq tabik dengan semua guru kat dunia ini.. mereka penat lelah mengajar kita sehingga pandai.. maka, setinggi mana pun puncak yang kita gapai sesungguhnya ada insan yang membantu kita menggapainya. Jangan sombong jangan lupa pandang bawah.. guru tadika, pasti , taska dan sebagainya ini nampak kecil sahaja tapi mereka jugalah insan yang membantu kita semasa kecil.

Untuk anak-anak muaddibah yang muaddibah sgt sayangi (walaupun aq tahu mereka takkn baca) moga kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi permata ummah yang menegakkan syiar Islam satu hari nanti..

Sekian pengalaman aq sepanjang 5 bulan menjadi seorang pendidik.. tak tahu lah lepas ni mampu lagi ke tak.. huhu..  di sini ada aq sertakan gambar kenangan sepanjang aq mengajar di Pasti Az-Zahrah.



gambar kenangan pertandingan alam ria
                 


semasa melawat taman teruntun


di taman teruntum lagi.. hihi


alhamdulillah kalam jamie dapat ke peringkat negeri mewakili pasti kawasan Kuantan


btw, nie lah umair yang diceritakan diatas.. gambar anak-anak murid aq yang lain x jumpa kat mane:'(

No comments:

Post a Comment