Wednesday 19 August 2015

Teruskan Berdoa!!!

Bimillahirrahmanirrahim..

Baru-baru nie keputusan UPU keluar. Alhamdulillah,Allah kurniakan rezeki yang tak pernah tercapai dek akalku.. Sungguh aku isi borang Universiti Malaya sebab umi yang suruh dan aku tak yakin aku akan dapat sebab yelahh.. UM kot, universiti untuk budak-budak cerdik.. Sebab ape aku x yakin?? sebab tengok syarat kemasukan nak 3.85.. Memang tak layak lah aku nak duduk kat situ.. Tapi rezeki Allah kan.. Kalau Dia kata kat situ ada rezeki ko.. Maka tak ada yang mustahil bagi-Nya. Dekat UM ny aku dapat kos Syariah Undang-Undang, kos yang ketiga x silap yang aku pilih.. Memang aku minat nak belajar syariah,tapi hati aku bukan untuk undang-undang.. haaa.. gitew.. Lagipon aq tanya pendapat ramai orang termasuk umi abah, cikgu-cikgu, ustaz-ustazah dan kawan-kawan aku.. Memang banyak pendapat yang dyorg bagi tapi aku yakin dengan keputusan aku lepas memohon petunjuk Allah.

Lupe nak bagitaw, alhamdulillah aku dapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia jgk dalam kos bahasa arab dan tamadun Islam.. Ny la antara sebab miss merah ny conpius nak pilih mana satu.. hihi.. Tapi sekarang aku yakin dengan keputusan aku, insyaAllah UKM pilihan aku.. lagipun memang impian aku nak 'masyi' dalam bahasa Arab.. Aku teringin nak cakap arab dengan fasihnya.. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk aku menyambung pengajian dalam bahasa Arab lagi.. Moga pilihan aku ny pilihan yang terbaik untuk aku.

Debar pulak nak masuk ke alam yang lain ny.. Yelah, sokmonye duduk dekat sekolah je.. Pastu terikat dengan peraturan asrama. Skunk ny nak masuk alam yang lebih advance pula. Aku harap agar Allah kuatkan jati diri yang selalu lagha nie agar tak lalai dengan persekitaran yang baru.. insyaAllah.

Untuk kawan,kawan yang belum ada rezeki lagi untuk teruskan pengajian ke IPTA, teruskan berdoa.. Kuasa doa itu ajaib.. Allah itu adil. Dia tahu yang terbaik.. Mungkin rezeki Allah bagi lambat sikit sebab nak uji kita agar sabar dan redha dengan ketentuannya. Aku pegang dengan satu kata-kata nie "ALLAH TAK BAGI APA YANG KITA MAHU TAPI ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU". Mungkin yang kita mahu tu bukan yang terbaik bagi kita maka Allah datangkan sesuatu yang kita perlu. Berdoalah sahabat..
Aku harap sangat semua rakan-rakan aku dapat menyambung pengajian mereka.. Tadi ada seorang ibu sahabat aku ny tanya aku dapat mana? Sambil usap belakang aku ibu ini ucapkan tahniah sambil cakap ' Doakan anak mak cik dapat panggilan kedua untuk IPTA'. Sebak hati ini melihat seorang ibu yang penuh pengharapan agar anaknya dapat menyambung pengajiannya. InsyaAllah akan ada rezeki anakmu wahai ibu.

Moga kita semua berjaya!!!

No comments:

Post a Comment